Thursday, September 5, 2019

Aktiviti Kolam Pancing




Bukan senang nak senang. Sedikit demi sedikit usaha & tawakal, akhirnya berjaya jugak siapkan kolam baru. Tujuan asalnya adalah kerana kolam yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah pengunjung semasa pertandingan mengail diadakan.

Kolam dibesarkan sedikit demi sedikit menggunakan tenaga sendiri & insan baik hati yang membantu secara langsung ataupun tidak. Walaupun masa diambil agak lama tapi itulah nilai usaha SENDIRI. Ramai yang beranggapan pemilik kolam cukup bertuah memiliki kolam yang besar dan cantik. Namun, pahit dan getir dalam setiap keringat menjayakan misi ini, berapa ramai yang ada disisi & berapa ramai yang mahu berkongsi duka?😊. Jangan salah paham ya...tidak ada niat untuk salahkan sesiapa pun. Hanya berkongsi suka dan duka..hehheheh

AND
berkat kesabaran dan pengorbanan, tadaaaaa....inilah hasilnya. 😊😊😊😊😊😊

Apapun, misi ayah yang mahu melihat pengunjung selesa dan ceria tercapai dan menjadikan hari2 ayah lebih indah. Terima kasih atas sokongan kalian terhadap kolam pancing ayah. Sebagai seorang anak, hanya doa yang dapat membalas budi kalian dan semoga ayah terus berjaya. Didoakan usaha ayah berbaloi dan kalian menyukai & menghargainya.💗💗💗💖💖💕💕






Pemandangan kolam pancing yang sangat indah, seindah usaha dalam membangunkannya.😃 
Di kolam ini jugalah tempat anak2 dan cucu2 ayah menghabiskan waktu senggang petang.
Terima kasih ayah😍😍😍😍💕💕







Wednesday, September 4, 2019

Kolam Pancing Pak Kob

Assalamualaikum & Salam perkenalan

Officially Blog untuk Kolam Memancing Chalok Barat
Apa2 yang berkaitan dan kemajuan kolam pancing akan sentiasa diupdate
Doakan kolam kami trus berjaya dan dipermudahkan..😘

Lebih bnyak cerita suka duka kolam pancing kami akan diceritakan dalam blog ini.

Please be free to follow our blog..TQ

#Gambar semasa kolam baru di buka (tahun 2016)